Friday, June 18, 2010

Apa itu roh?

Titipan Rabu: Apa itu roh?
From:
Mohd Zaki Nuawi   
Add to Contacts
To:ummiimtiyaz@gmail.com; suziana@ukm.my; Nik Ruhayati Nuawi ; riduan@amanahrayajmf.com; csnn@cerebos.com.my; zanamesis@yahoo.com; Zaliha Wahid; Fauziana Lamin ; fetri_husaini@yahoo.com... more

Assalamu'alaikum semua yang mana Rohnya berada di dalam genggaman rahmat Allah yang Maha Agung. Dia Tuhan yang pernah berfirman membawa maksud 'Kemudian Allah menyempurakan (kejadiannya) dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”. [As-Sajadah: 9].

Ilmu tentang roh ini terlalu sedikit yang Allah izinkan kita makhlukNya mengerti seperti firmanNya lagi ‘ Jika kamu bertanya tentang roh katakan roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali’ .( Surah Al-Israk: 85). Maka ilmu tentang Roh yang ada pada kita terlalu terbatas sedangkan peranannya terlalu besar buat kita malah roh itulah tempat jatuhnya pandangan Allah.

Alangkah malangnya kalau dibiarkan roh tanpa 'penjagaan' yang rapi sepertmana penjagaan fizikal kita. Bila roh itu perlu dibersihkan dengan kaedah Tazqiyatul Nafs yakni penyucian @ pembersihan jiwa sehingga ia menjadi makhluk yang sangat takut dan cinta kepada Khaliqnya. Bila ia (roh) terlalu bersih ia akan menjadi bagaikan burung (umpama roh) yang dapat menerbangkan sangkar (umpama badan). Pandangannya menembusi hijab maddi (lahiriah) sehingga melewati ke dimensi (alam)yang lain malah mampu melangkaui batas masa. Maka berlakulah yang dinamakan Teknologi Roh. 

Dengan teknologi roh lah para wali-wali Allah dibekalkan maka belakulah karamah-karamah yang di luar logika akal untuk membawa manusia kepada Tuhan.Sebagai 'iktibar, dengan teknologi ini, Tokku Paloh (penasihat Sultan Zainal Abidin II) menyengetkan kapal armada Inggeris hanya dengan menyengetkan serbannya. Maka marilah kita belajar sedikit tentang roh yang sangat misteri ini.. Wallahu'alam.

Apa itu roh?

llmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia
mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh.
Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan `ruhun'. Apakah
yang dikatakan roh itu? Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama
saya mengembara ke alam rohani ini, dengan izin Allah SWT. Moga-moga
saudara-saudari juga turut sama dapat memahaminya melalui pengembaraan
kerohanian ini. Untuk itu mari kita kenali...


Roh terbahagia kepada dua iaitu:
 

1. Ruhul hayah
 

2. Ruhul tamyiz
 

RUHUL HAYAH
 

Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat,
 
binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi
atau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua
jamadat seperti batu, kayu dan sebagainya.

RUHUL TAMYIZ
 

Ruhul tamyiz (ruhul amri) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud
 
pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin. Dengan
adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk
yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan
syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan
oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang.
 
Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki
roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah.
Jadi roh tamyiz initidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh
kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan
membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan
menjauhi perintah larang dariAllah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah
 
suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka
dianggap makhlukyang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah
kerana adanya ruhultamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan:
 

Maksudnya: "Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan
 
akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.
Kemudian Allah berfirman kepada akal:`Demi kebesaran dan
kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku
sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan
pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan
menyeksa serta memberi pahala'."

(RiwayatAbdullah bin Imam Ahmad)
 

Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain
 
makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia
tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak
diberi pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka
jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh
 
kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada ke
Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka
berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka
berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang
mendengar tentang istilah roh tamyiz ini. Mungkin kita hanya biasa
mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikat dan jin, kiranya ia
 
keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat,
malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin, jin akan mati.
Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul
hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia
 
tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin
dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam
ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam Akhirat, dapat
melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam
mawaraa-ul maddah - ) iaitu dapat melihat alam di luar material
(kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di
 
waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu
seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang
suci, seseorang ituakan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh
tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan
berjumpa dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang
menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan
 
dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia
akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca
hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau
melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak
semajlis dengannya. Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak
ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang ada pada manusia itu,
bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh.
Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu
bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.

Perlu dijelaskanlagi:
 

1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang
 
taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti
yang disebutkan didalam Al Quran:
 

Maksudnya: (Malaikat itu) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa
 
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."(At Tahrim:6)

2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf.
 
Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah.
Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga
 
sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak
malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak
dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang
berupa manusia.

Penutup: Roh Tamyiz dinamakan HATI apabila ia berperanan untuk merasa. Ia namakan AKAL apabila peranannya berfikir dan dinamakan NAFSU apabila ia berkehendak @ meruntun.

No comments:

Post a Comment